ICT telah dipeluaskan penggunaan ia dalam pelbagai bidang, termasuk juga bidang pendidikan. Pada masa kini, memang tidak boleh menafikan bahawa teknologi itu sendiri telah membawa banyak perubahan pada kehidaupan masuk. Situasi ini boleh dilihat sebagai sesuatu anjakan paradigma, di mana perubahan adalah eksponen, bukan linear lagi. Jikalau jika mengikuti perkembangan terkini, maka anda akan ketinggalan zaman.
Tajuk video klip ini yang dimuat-naikkan oleh rahulmodi pada 4 Jun 2011 adalah bertajuk 'Kepentingan ICT dalam Pendidikan (Importance of ICT in Education). Tujuan saya kongsikan video kip ini adalah sebagai platform untuk membuka minda para pendidik tentang betapa pentingnya aplikasi ICT dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi berubah mengikut masa. Dari semasa ke semasa, teknologi telah mengalami kemajuan dan perkembangan yang drastik di mana macam-macam benda atau aplikasi boleh berlaku. Manusia melalui kemudahan sudah tiada batasan atau halangan dalam komunikasi. Dunia semakin kecil dan seolah-olah tiada sempadan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga mengalami perubahan yang amat ketara. Ianya telah berubah dari yang tradisonal ke arah yang lebih kontemporari. Dengan bantuan ICT, iany telah menjadi perkembangan pendidikan berterusan dan menjaminkan masa hadapan dunia sejagat.
Antaranya, yang dapat diperhatikan adalah papan putih interaktif yang berkonsepkan semua fungsi dalam satu sementara juga boleh membuat latihan pada atasnya. Ianya juga adalah satu sistem yang lengkap untuk pengurusan kelas yang cekap dan berkesan.
Teknologi adalah berada di mana-mana sahaja dalam kehidupa kita pada zaman kini. Tahap intelektual juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Teknologi kita sebenarnya juga mengalami penstrukturan semula. Kita perlukan pengetahuan dan kemahiran untuk terus maju bersama dengan teknologi yang semakin canggih pada hari ini.
Pemuda-pemudi kita mengharapkan sesuatu yang mempesonakan daripada perkembangan ini manakala kita permintaan kita telah dipenihi oleh teknologi pada hari ini. Teknologi telah mencorak setiap wajah dalam alaf pendidikan, temasuk guru-guru dan murid-murid. Kita juga bergerak ke arah alam di mana kita bergabung dan bukan berpecah.
Ini adalah wajaran di mana kita perlu tahu betapa pentingnya integrasi teknonogi dalam pendidikan.
No comments:
Post a Comment