My Banner

My Banner

Wednesday 5 November 2014

Kali Ke-2 Berjumpa dengan Aki Nabalu

Pada 13 hb Oktober hingga 14hb Oktober, saya telah mendaki Gunung Kinabalu.

Oleh sebab keadaan fizikal kurang memuaskan, perjalanan saya telah menggunakan masa yang agak panjanag.

Akan tetapi, syukur dapat saya sampai ke puncak!



Thursday 22 December 2011

Gambar-gambar Kuliah Nov/Dis 2011


 Semasa di Terminal 2, berlepas ke KL.












                                                               Kuliah pertama ICT.












Mula Dreamweaver.
Perbincangan... perbincangan... topik hangat.






Dr. Latif belanja nasi lemak.










                                            Suatu pagi yang cerah.







Partner saya buat website.











                                            Makan nasi lemak lagi.
Suatu petang yang mendung... menghitung hari dan masa.

                  UUM learning zone.






Ini adalah persembahan terakhir saya.

Bincang terus dengan Dr. Yaakob.

     Harap dapat masuk ke dalam dewan yang besar ini.

Kumpulan saya (Awang, Kimaron, Saperi dan Suhaimi)

Habis juga, saya dapat habiskan kuliah bulan November/Disember 2011 ini. Kerja-kerja belum siap lagi tetapi akan teruskan perjuangan saya. Harap dapat manfaatkan ilmu yang saya perolehi ke dalam kerjaya saya sebagai lapisan professional dan pengurusan dalam sektor pendidikan di samping menjalankan akauntabiliti sebagai seorang pendididk kepada anak-anak murid saya, begitu juga anak-anak buah angkat saya. 

Selama ini, saya mungkin malas dan terlalu ego. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa saja yang saya dengan tidak sengajanya atau dengan niat telah menyinggung hati anda. Saya betul-betul menyesal atas segala tingkah laku dan pertuturan saya. 

Saya suka pensyarah-pensyarah yang mengajar kami sepanjang pengajian kami. Harap dapat diberi tunjuk ajar lagi. 

Friday 16 December 2011

Kepentingan ICT dalam Pendidikan


ICT telah dipeluaskan penggunaan ia dalam pelbagai bidang, termasuk juga bidang pendidikan.  Pada masa kini, memang tidak boleh menafikan bahawa teknologi itu sendiri telah membawa banyak perubahan pada kehidaupan masuk.  Situasi ini boleh dilihat sebagai sesuatu anjakan paradigma, di mana perubahan adalah eksponen, bukan linear lagi.  Jikalau jika mengikuti perkembangan terkini, maka anda akan ketinggalan zaman.

Tajuk video klip ini yang dimuat-naikkan oleh rahulmodi pada 4 Jun 2011 adalah bertajuk 'Kepentingan ICT dalam Pendidikan (Importance of ICT in Education). Tujuan saya kongsikan video kip ini adalah sebagai platform untuk membuka minda para pendidik tentang betapa pentingnya aplikasi ICT dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi berubah mengikut masa.  Dari semasa ke semasa, teknologi telah mengalami kemajuan dan perkembangan yang drastik di mana macam-macam benda atau aplikasi boleh berlaku.  Manusia melalui kemudahan sudah tiada batasan atau halangan dalam komunikasi.  Dunia semakin kecil dan seolah-olah tiada sempadan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga mengalami perubahan yang amat ketara. Ianya telah berubah dari yang tradisonal ke arah yang lebih kontemporari.  Dengan bantuan ICT, iany telah menjadi perkembangan pendidikan berterusan dan menjaminkan masa hadapan dunia sejagat.

Antaranya, yang dapat diperhatikan adalah papan putih interaktif yang berkonsepkan semua fungsi dalam satu sementara juga boleh membuat latihan pada atasnya.  Ianya juga adalah satu sistem yang lengkap untuk pengurusan kelas yang cekap dan berkesan.

Teknologi adalah berada di mana-mana sahaja dalam kehidupa kita pada zaman kini.  Tahap intelektual juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi.  Teknologi kita sebenarnya juga mengalami penstrukturan semula. Kita perlukan pengetahuan dan kemahiran untuk terus maju bersama dengan teknologi yang semakin canggih pada hari ini.

Pemuda-pemudi kita mengharapkan sesuatu yang mempesonakan daripada perkembangan ini manakala kita permintaan kita telah dipenihi oleh teknologi pada hari ini.  Teknologi telah mencorak setiap wajah dalam alaf pendidikan, temasuk guru-guru dan murid-murid.  Kita juga bergerak ke arah alam di mana kita bergabung dan bukan berpecah.

Ini adalah wajaran di mana kita perlu tahu betapa pentingnya integrasi teknonogi dalam pendidikan.

Friday 9 December 2011

My Former School


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping, Perak.

My former school. A thousand memories in my mind. 

Lecture Review 1

Lecture of ICT in Education 09.12.2011
Selepas percutian selama 4 hari, kami kembali ke kampus UUM dengan kuliah ICT dari jam 8:30am - 12:30pm. Walaupun panjang masa kuliah ini, iaitu selama 4 jam. Saya tidak terasa apa-apa, kuliah pun sudah habis.

Yang telah pelajari pada hari ini adalah perkara-perkara yang perlu ditimbangkan oleh seseorang pereka laman sesawang; laman sesawang yang direka mesti memenuhi ciri-ciri yang berikut:

a) Simpicity;
b) Consistency;
c) Clarity;
d) Balance; and
e) Harmony and Unity.

Laman sesawang mudah di'loading'kan dan tidak perlu ambil masa yang panjang untuk mainkan media dalam itu. Tetapan setiap halaman adalah lebih kurang sama atau konsisten. Setiap elemen yang dipaparkan mesti jelas. Selain itu, setiap elemen itu diletakkan secara seimbang. Elok dipandang dan senang dibaca jika ada keseragaman.



Thursday 8 December 2011

Article Sharing 2

Peranan Pentadbir Dalam Proses Perubahan Terancang: Integrasi ICT dan Pedagogi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abstrak:

                 Perubahan terancang adalah perlu dalam pendidikan bagi mempersiapkan masyarakat sekolah dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi mengintegrasikan ICT secara efektif dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Proses peningkatan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pendidikan melalui pendidikan melalui ICT merupakan salah satu agenda terpenting dalam era globalisasi. Dalam memaksimakan potensi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah sendiri menjadi elemen yang sangat kritikal. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memeberi pendedahan kepada guru dan pelajar bagaimana untuk membudayakan ICT dan berkemahiran menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengintegrasi ini adalah penting bagi memastikan sebarang perubahan persekitaran ICT yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun. Dalam artikel jurnal ini membincangkan peranan pentadbir dan isu dalam proses pengintegrasikan ICT dan pedagogi serta proses perubahan terancang yang terlibat.