Abstrak:
Perubahan terancang adalah perlu dalam pendidikan bagi mempersiapkan masyarakat sekolah dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi mengintegrasikan ICT secara efektif dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Proses peningkatan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pendidikan melalui pendidikan melalui ICT merupakan salah satu agenda terpenting dalam era globalisasi. Dalam memaksimakan potensi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah sendiri menjadi elemen yang sangat kritikal. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memeberi pendedahan kepada guru dan pelajar bagaimana untuk membudayakan ICT dan berkemahiran menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengintegrasi ini adalah penting bagi memastikan sebarang perubahan persekitaran ICT yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun. Dalam artikel jurnal ini membincangkan peranan pentadbir dan isu dalam proses pengintegrasikan ICT dan pedagogi serta proses perubahan terancang yang terlibat.
No comments:
Post a Comment